07 November 2010

here some tips dat i want to share...^_^

hmmm..now...ujan je2...so sejuk cgt...n pe ag..wujud la syntm2 mls n nk tdo je...hahhah...hmmm de some tips nk share.....


TIPS MENGENALI PEREMPUAN (hahhahaha...saje2 je nie..ok!!) 

1. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari 
orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih 
sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan 
bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta 
sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada 
orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi 
sebarang nilai-itulah perempuan. 


2. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah 
menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling 
minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati 
kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan 
sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya. 

3. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, 
sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri 
kamu dan diperlukan. 


4. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi 
mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, 
contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala 
kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu 
betul-betul menyayanginya. 


5. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin
melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta 
bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak 
sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu 
menonjolkan ke'macho'an kamu! 

6. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam 
kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka. 

7. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak 
mendapat pujian. 

8. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah 
bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu 
menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. 

9. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan 
tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka 
inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita 
orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran 
kamu untuk memenangi hati mereka. 

10. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah 
kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah 
sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka 
yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka 
akan 'meletup' pada suatu hari. 

TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri 
kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul 
dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa 
berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat 
penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin 
kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif 
contohnya mengapa mereka cemburu. itu kerana mereka SAYANGkan kamu! 




lovely
~star~

No comments:

Post a Comment